HEBAT tidak hebat satu perasaan yang
dinamakan cinta itu, nyata terserlah apabila ia mampu dikaitkan dengan pelbagai
istilah lain. Ya, sepanjang sejarah kemanusiaan sama ada dalam rujukan
agama-agama dunia, elemen dan sifat serta kisah bersabit dengan cinta sentiasa
maujud.
Sebut sahaja kitab apa? Kitab-kitab agama Hindu
seperti Ramayana, Mahabrata… kitab-kitab agama Buddha, Singh dan agama samawi
seperti Taurat, Zabur dan Injil termasuk al-Quran, ada membicarakan soal cinta
sama ada secara khusus mahupun umum. Ini tidak termasuk sekalian banyak novel
yang khusus menjadikan cinta sebagai tema sepanjang sejarah penovelan itu
sendiri.
Malah digambarkan bahawa cinta pertama di muka bumi
ini adalah cinta antara Adam dan Hawa yang kemudian bertaut kembali selepas
memohon kemaafan kepada Allah setelah melakukan kesalahan memakan buah Khuldi
di syurga.
Atas nama cinta yang kemudian menerbitkan cemburu,
maka terjadinya pembunuhan pertama dalam sejarah kemanusiaan iaitu antara Habil
dan Qabil. Atas nama cinta, Yusuf digoda dan dianiaya sehingga lebih rela
mendekam dalam penjara. Atas nama merebut cinta daripada seorang ayah, Yusuf
dikhianati oleh saudara tirinya yang lain.
Namun konotasi cinta yang difahami oleh manusia
daripada kisah-kisah di atas adalah terlalu cetek dan dangkal bagi dikaitkan
dengan kisah-kisah agung dalam al-Quran itu. Kerana al-Quran, demi kemuliaan
dan kemukjizatannya tidak akan sama dengan kitab agama lain malah tidak pernah
setaraf dengan kitab-kitab samawi sebelumnya. Apatah lagi novel-novel dan
penulisan cinta oleh manusia.
Kisah-kisah dalam al-Quran wajar difahami dengan cara
kefahaman yang sudah Allah terangkan dalam al-Quran sendiri melalui firman-Nya
yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) ia bukan cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Surah Yusuf, ayat 111)
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) ia bukan cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Surah Yusuf, ayat 111)
Istilah-istilah cinta….
Sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah r.h. dalam kitabnya Raudatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin, antara istilah yang berkait dengan cinta (al-hubb)
menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah r.h. adalah:
Al-Mahabbah (kasih saying),
al-‘Alaqah (cinta, hubungan, segumpal darah), al-Hawa (hasrat, nafsu,
keinginan), al-Shawah (kerinduan), al-Sabahah (kerinduan yang halus), al-Syaqaf
(cinta yang mendalam), al-Miqat (cinta), al-Wajd (cinta yang disertai
kesedihan), al-Kalaf (cinta yang mendalam), al-Tatayyum (perhambaan), al-‘Isyq
(cinta yang meluap-luap), al-Jawa (cinta yang membara)...
Al-Danaf (sakit kerana cinta), al-Syajw (cinta yang
berakhir dengan kesedihan atau kegelisahan), al-Syauq (rindu), al-Khilabah
(cinta yang menipu), al-Balab (kegelisahan), al-Tabarih (cinta yang memuncak),
al-Sadam (cinta dengan penyesalan dan kesedihan), al-Ghamarat (bodoh, lalai dan
mabuk), al-Wahl (takut, gementar), al-Syajan (memerlukan), al-La’ij (hangus,
terbakar), al-Ikti’ab (merana kerana sedih), al-Washab (derita cinta)...
Al-Hazan (kesedihan), al-Kamad (kesedihan yang
terpendam dalam hati), al-Ladz’u (terbakar dek api), al-Huraq (gejala cinta),
al-Suhd (susah tidur), al-Araq (tidur tidak lena), al-Lahf (sedih), al-Hanim
(kerinduan, belas kasih), al-Istikharah (tunduk, menyerah), al-Tabbalah (derita
cinta), al-Lau’ab (terbakar kerinduan), al-Futun (cubaan, ujian), al-Junun
(gila, tidak waras), al-Lamam (setengah gila), al-Khabl (binasa), al-Rasis
(teguh, tegar), al-Da’ul Mukhamir (penyakit yang merasuk)...
Al-Wudd (kasih yang tulus), al-Akhullah (satu
cinta), al-Khilm (sahabat), al-Gharam (cinta yang diperlukan), al-Huyam (sangat
dahaga), al-Tadliyah (gila, hilang ingatan), al-Walah (tidak waras dan bingung)
dan al-Ta’abbud (penghambaan).
Ya, kita katakan jika seseorang itu benar-benar
seorang pencinta sejati, mungkin semua istilah ini boleh dihafal dan difahami
maknanya secara istilah dan syarah oleh mereka tanpa masalah!
No comments:
Post a Comment