Al-‘ALAQAH dari segi
maksudnya adalah segumpal darah beku dan juga digunakan untuk cinta atau
hubungan. Ia juga disebut sebagai al-‘Alaq, sebagaimana al-Falaq yang merupakan
satu daripada kebanyakan istilah berkaitan cinta. Menurut Imam Ibnu Qayyim
al-Jauziyyah dalam mengambil pandangan al-Jauhari, al-‘Alaq juga beerti nafsu
yang sinonim dengan ungkapan “Pandangan yang dimuati nafsu”.
Dalam al-Quran,
perkataan al-‘Alaqah atau al-‘Alaq agak sinonim kerana tidak lain adalah
merupakan nama surah pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya, Nabi
Muhammad s.a.w. Peristiwa yang berlaku dalam Gua Hirak tatkala usia Baginda
genap 40 tahun itu adalah titik mula kepada sebuah revolusi insani yang tidak pernah
terjadi sebelumnya atau akan terjadi selepasnya.
Baginda didatangi
oleh Saidina Jibril a.s. yang berupa manusia lantas mendakap kejap kemudian
dilonggarkan dari belakang Baginda dan berkata, “Bacalah.”
Lalu Baginda
menjawab, “Aku tidak tahu membaca!”
Sekali lagi dakapan
dikejapkan kemudian dilonggarkan seraya Baginda disuruh, “Bacalah.”
Sebagaimana sebelum
jawapannya adalah, “Aku tidak tahu membaca!”
Kali ketiga Baginda
dilontarkan dengan suruhan yang sama dengan keadaan yang sama juga dan
jawapannya tetap sama, sehingga Saidina Jibril membawa lima ayat daripada Surah
al-‘Alaq yang kemudian dituruti oleh Baginda s.a.w.
Firman Allah dalam
al-Quran yang bermaksud:
“Bacalah (wahai
Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan
manusia daripada segumpal darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)” (Surah al-‘Alaq, ayat 1-5)
Barangkali kalimah
al-‘Alaq sempena nama surah barangkali diangkat daripada kalimah al-‘Alaq pada
ayat kedua dalam surah ini. Dengan jelas di sana yang dimaksudkan dengan
al-‘alaq adalah segumpal darah beku. Justeru apakah salah jika kita katakan
penurunan al-Quran yang dimulakan dengan lima ayat tadi adalah juga atas dasar
cinta dan hubungan Allah dengan Nabi Muhammad s.a.w.?
Apakah salah jika
dikatakan penurunan surah ini khususnya dan ak-Quran umumnya adalah suatu
manfestasikan kecintaan Allah kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. dan umat
manusia keseluruhan. Jelas, kerana rahman dan rahim sahaja manusia mendapat apa
yang mereka ada sekarang ini.
Proses kejadian
manusia juga adalah manifestasi kasih sayang Allah
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati (yang berasal) daripada
tanah. (12) Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada
penetapan yang kukuh. (13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan
darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu
menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyata kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(14)” (Surah al-Mukminun, ayat 12-14)
Bukankah kejadian
manusia bermula daripada hubungan suami isteri yang halal yang terjalin atas
nama kasih sayang dan cinta serta penghormatan adalah suatu manifestasi kasih
sayang Allah kepada hamba-Nya?
Peringkat-peringkat
kejadian yang begitu rinci dan berperingkat, begitu sempurna sesuai dengan
kemuliaan manusia yang dilahirkan dengan fitrah yang suci. Menggambarkan betapa
Islam adalah sebuah agama yang sentiasa bertunjang atas kerahmatan, kasih
sayang, toleransi dan keteraturan.
Jauh sebelum sains
menjumpai kaedah proses kejadian bayi dalam rahim seorang ibu sehingga tempoh
matang biasa sembilan, ternyata al-Quran sudah sekian lama memberitahu. Malah
kandungan tempat bayi itu mengalami proses juga dinamakan sebagai rahim yang
membawa maksud sayang.
Penghormatan yang
berkait langsung dengan al-‘Alaq dalam konteks yang dibincangkan di atas banyak
tertumpu kepada hamba Allah yang bernama perempuan! Beruntung yang bernama
perempuan itu….
No comments:
Post a Comment